HomeUtamaBeban kewangan jejas kebahagiaan rakyat

Beban kewangan jejas kebahagiaan rakyat

Read Time:3 Minute, 2 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN

1. Rakyat Malaysia masih bahagia tatkala berdepan beban kewangan. 

2. Pada minggu lepas, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia telah merasmikan sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia/ International Day of Happiness Peringkat Kebangsaaan Tahun 2025, dengan tema “Prihatin dan Kebersamaan #Demi Pertiwi”.

3. Fakta menarik. Hari Kebahagiaan Sedunia di sambut di seluruh dunia pada 20 Mac setiap tahun, bermula tahun 2013. Ianya di sambut sebagai mengiktiraf hubung kait di antara keseimbangan pembangunan fizikal, sosial dan alam sekitar ke arah kebahagiaan serta kesejahteraan penduduk.

4. Sempena sambutan berkenaan, beliau telah mengumumkan laporan Indeks Kebahagiaan Malaysia 2025 (IKM 2025), di mana indeks berkenaan telah merekodkan peningkatan ketara dalam tempoh masa 7 tahun, dari 81.12% (2019) kepada 88.84% (2025).

Secara keseluruhannya, ini menunjukkan rakyat Malaysia semakin bahagia.

5. Indeks Kebahagiaan Malaysia di seliakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT), sebagai pengukuran umum tahap kesejahteraan rakyat, dengan merangkumi pelbagai aspek, antaranya:  kesihatan, kesejahteraan mental dan fizikal serta kualiti perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah.

6. Sementara itu, Laporan Kebahagiaan Bandar Malaysia 2025 yang di ukur berdasarkan 14 bidang, boleh di guna-pakai sebagai rujukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk setempat.

7. Daripada sejumlah 153 Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara, majoriti 75% (115 bandar) telah mencapai status Bahagia, manakala 25% (38 bandar) pula mencapai status Sederhana Bahagia. 

8. Seterusnya, sebanyak 20 bandar di seluruh negara telah di nobatkan sebagai Bandar Paling Bahagia. Pahang memiliki jumlah Bandar Paling Bahagia terbanyak (4 bandar). Sebaliknya, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Terengganu tidak memiliki sebarang Bandar Paling Bahagia.  

9. Manakala, bagi Indeks Kebahagiaan Negeri 2025 pula, Negeri Sembilan telah merekodkan peratusan tertinggi pada tahap 97.82%, dan Sarawak terendah pada tahap 79.37%. 

Sabah telah merekodkan peratusan ke-2 terendah (80.24%), iaitu lebih rendah berbanding dengan Indeks Kebahagiaan Malaysia (88.84%).

10. Di Sabah, daripada 26 bandar, 14 bandar telah mencapai status Bahagia, dan 12 bandar mencapai status Sederhana Bahagia. Pada masa yang sama, majoriti bandar/ Pihak Berkuasa Tempatan telah merekodkan peningkatan Indeks Kebahagiaan.

    Telupid yang di nobatkan sebagai salah satu bandar paling bahagia di Malaysia, telah merekodkan skor 100% Indeks Kebahagiaan.

    11. Malangnya, laporan berkenaan menunjukkan antara punca utama tahap kebahagiaan di Sabah rendah adalah kerana isu beban kewangan. Di antara 14 komponen Indeks Kebahagiaan, Pengurusan Kewangan telah merekodkan skor terendah, merangkumi aspek Pendapatan, Perbelanjaan dan Simpanan.

    12. Malah, situasi ini selari dengan seluruh negara di mana komponen Pengurusan Kewangan telah merekodkan skor terendah.  

    13. Menurut laporan berkenaan, Kajian Keupayaan dan Rangkuman Kewangan 2024 oleh Bank Negara Malaysia telah menonjolkan 3 cabaran utama yang di hadapi oleh rakyat adalah:

     pengurusan kewangan kurang berhemah

     tabiat menyimpan yang lemah

     literasi kewangan digital yang rendah

    14. Baru-baru ini, Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2024 turut menonjolkan isu cabaran kos sara hidup yang di hadapi oleh rakyat, di mana data menunjukkan gaji nominal pekerja telah meningkat pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.

    Dalam tempoh masa 5 tahun, gaji nominal pekerja telah meningkat 7%, sebaliknya harga keseluruhan telah meningkat 9.3% dan harga makanan meningkat 17.4%.

    15. Kesukaran menangani cabaran kos sara hidup ini terus menimbulkan kegelisahan serta ketidak-bahagiaan kepada rakyat di seluruh negara. Ketika ini, ramai rakyat tidak memperolehi pendapatan yang mencukupi untuk menjalani kehidupan dengan selesa. Apatah lagi, simpanan untuk kecemasan dan hari tua.   

    16. Justeru itu, walaupun rakyat tampak bahagia menerusi peningkatan ketara Indeks Kebahagiaan Malaysia, kebahagiaan ini di selubungi dengan kegelisahan dalam mengharungi kehidupan seharian yang semakin mencabar. 

    RELATED ARTICLES
    Utama

    Tarif Trump: Malaysia perlu beralih konsep kepada ‘Jenama Tempatan’

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Most Popular