HomeSukanDarat FC juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah sempena Aidilfitri

Darat FC juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah sempena Aidilfitri

Read Time:43 Second

Kuala Penyu : Pasukan Darat FC berjaya menjuarai Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Sangkabok,Menumbok di sini.

Kejohanan anjuran Pemuda UMNO Beaufort itu disempurnakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Ak Yazri Ak Yahya.

Ak Yazri berkata, selain pasukan Darat FC, sebanyak lima lagi pasukan lain turut memeriahkan kejohanan yang diadakan secara itu.

“Tahniah dan setinggi penghargaan kepada pasukan yang mengambil bahagian. Terima kasih kepada barisan urusetia dan pengadil yang menyusun atur kejohanan dengan baik dan teratur.

“Meskipun ianya dianjurkan secara santai, kejohanan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara para pemain yang menyertai sempena Aidilfitri,” katanya.

Naib johan kejohanan dimenangi pasukan mewakili The Flash FC; ketiga dimenangi Santai FC dan keempat dimenangi Labubu FC.

Pada kejohanan itu juga, Ak Yazri turut berkesempatan menghulurkan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak sekitar Kampung Sangkabok dan Kampung Jagus. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah raih tempat ketiga dalam Kejohanan “Sanda King” Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular