HomeUtamaRevolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar bakal dilancarkan Mei ini

Revolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar bakal dilancarkan Mei ini

Read Time:1 Minute, 38 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri bakal melancarkan Revolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar (RAER) yang merupakan sebuah inisiatif selama tahun bagi memulihkan ekonomi luar bandar melalui beberapa program disasarkan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, ia termasuklah bidang pertanian, perikanan, penternakan, keusahawanan, dan industri hiliran.

Katanya, inisiatif yang diluluskan Kabinet negeri itu akan dilaksanakan bermula tahun ini sehingga 2030 dengan peruntukan awal sebanyak RM10 juta pada tahun pertama.

Menurutnya, inisiatif itu dijangka akan memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat luar bandar di seluruh Sabah dengan visi jangka panjang untuk membina ekonomi luar bandar yang berdaya tahan dan produktif selain boleh menyumbang secara bermakna kepada pertumbuhan keseluruhan negeri.

“Objektif utama RAER adalah untuk meningkatkan produktiviti pertanian dan memastikan keterjaminan makanan di Sabah dan seterusnya, meningkatkan dan mempelbagaikan sumber pendapatan isi rumah di kawasan luar bandar.

“Selain itu ianya dapat mengurangkan pengangguran luar bandar melalui peluang sektor pertanian yang diperluaskan, dan merangsang pertumbuhan ekonomi inklusif dan mampan di seluruh kawasan luar bandar Sabah.

“MAFFI memainkan peranan sebagai agensi pelaksana utama, menyelaras usaha merentasi kementerian, jabatan, agensi kerajaan, GLC, GLIC, institusi akademik, rakan sektor swasta, dan organisasi komuniti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berkata, inisiatif itu berlandaskan kepercayaan bahawa transformasi luar bandar perlu bersepadu, yang melibatkan penggubal dasar, penjawat awam, pemimpin masyarakat, usahawan, penyelidik, dan penduduk tempatan.

“RAER bertujuan untuk memupuk kerjasama tersebut dengan mempromosikan slogan penyatuan “Perpaduan Adalah Kewajipan” (Unity is Duty), menggalakkan semua warga Sabah untuk mengambil bahagian dalam gerakan pemulihan luar bandar Sabah.

“Program ini menyasarkan penyertaan 100,000 individu atau isi rumah luar bandar, dengan penekanan yang kuat terhadap keusahawanan, inovasi, dan kecemerlangan operasi. Ia diunjurkan untuk menjana antara RM2.0 bilion dan RM3.0 bilion dalam nilai ekonomi untuk Sabah menjelang akhir tempoh pelaksanaannya pada tahun 2030,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Jeffrey berkata, pelancaran rasmi RAER akan berlangsung pada 1 Mei 2025 di Tambunan, bersempena dengan Pesta Kaamatan Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

PM Anwar beri jaminan malaysia tidak akan alami kemelesetan meskipun tarif...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular