HomeUtamaESSCOM masih relevan jaga keselamatan di Pantai Timur Sabah

ESSCOM masih relevan jaga keselamatan di Pantai Timur Sabah

Read Time:1 Minute, 28 Second

Tawau : Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) berjaya menjadi benteng utama keselamatan di Pantai Timur Sabah sekaligus membuktikan kewujudannya masih relevan dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan.

Penasihat Pertubuhan Pecegahan Jenayah Sabah (PPDJS) Mohd. Zaki Harry Susanto berkata, ESSCOM yang ditubuhkan pada 2013 telah memainkan peranan penting dalam menyelaras operasi keselamatan melibatkan beberapa agensi keselamatan.

Antaranya, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Penasihat Pertubuhan Pecegahan Jenayah Sabah (PPDJS) Mohd. Zaki Harry Susanto

“ESSCOM telah merekodkan kejayaan termasuk mengurangkan kes penculikan untuk tebusan dengan ketara, aktiviti penyeludupan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Malah, statistik menunjukkan sebanyak 59 percubaan penculikan berjaya digagalkan sepanjang tempoh 12 tahun selain lebih 16,000 PATI ditahan dalam operasi bersepadu sejak 2013.

“Dalam tempoh yang sama, lebih 500 bot nelayan asing turut dihalau atau ditahan kerana menceroboh perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan sempena ulang tahun ESSCOM yang ke-12,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zaki berkata, kejayaan itu turut dipacu dengan penggunaan aset berteknologi tinggi termasuk radar dan dron pemantauan, selain kerjasama rapat dengan negara jiran seperti Filipina dan Indonesia melalui rondaan trilateral.

“ESSCOM berjaya memulihkan keyakinan komuniti tempatan dan pelabur terhadap tahap keselamatan di kawasan ESSZone yang sebelum ini dianggap ‘panas’.

Dalam pada itu, Zaki berkata, meskipun banyak pencapaian diraih, ESSCOM perlu terus diperkasa dengan penambahan aset, latihan taktikal lebih intensif serta penglibatan komuniti sebagai mata dan telinga kepada agensi keselamatan.

“Ancaman keselamatan semakin kompleks. ESSCOM perlu sentiasa bersedia hadapi sebarang kemungkinan termasuk jenayah siber, penyeludupan senjata dan pemerdagangan manusia,” katanya.

Katanya, ESSCOM juga pada masa ini terus komited menjalankan tugas sebagai perisai utama negara di timur Sabah, memastikan perairan dan daratan negeri itu kekal aman dan selamat. – SABAH MEDIA / FOTO BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Dua bangunan pusat cucian kereta musnah dalam kebakaran di Inanam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular