Kota Kinabalu : Syarikat konsesi air Kota Kinabalu, Jetama Sdn Bhd menyumbang sebanyak RM560,000 kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) dan enam buah Rumah Kebajikan.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM500,000 diserahkan kepada YKS dan masing-masing RM10,000 disumbangkan kepada Rumah Kebajikan terlibat.

Antara Rumah Kebajikan terlibat adalah Jireh Home Tuaran, Rumah Anak Yatim Home, Rumah Anak Yatim As-Sakinah, Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu Beringgis Papar, Rumah Amal Kasih, dan Rumah Bakti Harapan.
Majlis sumbangan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2025 di sini petang tadi.
Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya, dan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Turut hadir Pengerusi Jetama Sdn Bhd Datuk Yussof Mannan; Timbalan Pengerusi, Datuk Juhari Janan dan Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd Datuk Ahmad Naim Uddang.
Selain penyerahan sumbangan, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan khas daripada artis-artis tempatan dan jemputan serta kehadiran ramai tetamu. – SABAH MEDIA