HomeIsu tempatanPersatuan Tik Tokes Sabah perluas aktiviti di setiap 25 kawasan Parlimen

Persatuan Tik Tokes Sabah perluas aktiviti di setiap 25 kawasan Parlimen

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Belud: Persatuan Media Tik Tokes Negeri Sabah merancang untuk melantik pengerusi penyelaras persatuan itu di setiap 25 kawasan Parlimen di Sabah dalam masa terdekat.

Presiden persatuan itu Abdul Aziz Bilin berkata, langkah itu bertujuan bagi menyelaras pelbagai aktiviti persatuan termasuk pendaftaran ahli dan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan.

“Kita berpendapat sudah masanya persatuan media tik tokes ini diwujudkan di seluruh Sabah mengambil kira senario semasa, terutama penyebaran maklumat yang tidak sahih atau tepat.

“Oleh itu, kita berharap anggota persatuan ini dapat membantu memberi penjelasan dan menyebarkan berita yang sahih khususnya di peringkat akar umbi,” katanya.

Abdul Aziz berkata demikian semasa berucap pada majlis makan malam Aidilftri anjuran Persatuan  Media Tik Tokes Negeri Sabah di Pentas Terbuka R and R, di sini baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Mustapha Sakmud dan Datuk Japlin Akim, wakil Ketua Menteri Sabah, dan Penasihat 

Persatuan  Media Tiktokers Negeri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Abdul Aziz berkata, persatuan itu menyasarkan golongan belia untuk menjadi ahli persatuan tersebut.

Beliau berkata persatuan berkenaan juga merancang untuk menganjurkan seminar digital media dan forum perdana yang akan membincangkan dan memperincikan peranan media tik tokes.

Pada majlis itu, Mustapha menyampaikan sumbangan kepada Persatuan  Media Tiktokers Negeri Sabah.

Turut menyampaikan sumbangan ialah Ketua Menteri diwakili Japlin, Salleh dan Datuk Robert Tawik.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Bomba selamatkan 24 mangsa terperangkap banjir di Kg Indah Nabawan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular