HomeUtamaPM Anwar beri jaminan malaysia tidak akan alami kemelesetan meskipun tarif AS

PM Anwar beri jaminan malaysia tidak akan alami kemelesetan meskipun tarif AS

Read Time:33 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengalami  kemelesetan buat masa ini meskipun pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) memandangkan ekonomi negara yang kekal berdaya tahan.

Anwar juga menegaskan Malaysia tidak akan memperkenalkan tarif tindak balas terhadap AS.

“Jika tarif 24 peratus itu dilaksanakan, dari perspektif ekonomi, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 sebanyak 4.5 – 5.5 peratus perlu disemak semula.

“Bagaimanapun, buat masa ini, saya beri jaminan bahawa kerajaan tidak menjangkakan kemelesetan di Malaysia,” katanya menerusi hantaran video yang menyentuh mengenai tarif AS.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata asas makroekonomi negara masih kekal kukuh. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Pelancong ke Malaysia meningkat kepada 6.7 juta pada Januari-Februari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular