HomeUtamaTarif Trump: Malaysia perlu beralih konsep kepada 'Jenama Tempatan'

Tarif Trump: Malaysia perlu beralih konsep kepada ‘Jenama Tempatan’

Read Time:1 Minute, 12 Second

Putatan: Malaysia perlu mempertimbangkan untuk beralih kepada barangan ‘Jenama Tempatan’ berikutan kenaikan tarif sebanyak 24 peratus yang dikenakan ke atas negara ini oleh Amerika Syarikat (AS).

Timbalan Pengerusi Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) Mohd Isquzawan Israq Datuk Arsit berkata, tarif itu juga dijangka akan memberi kesan besar kepada pelbagai industri terutama mereka yang mengeksport ke AS.

“Bagi saya, mungkin Kerajaan kena pertimbangkan untuk peningkatan khususnya produk-produk tempatan. Sebab kita lihat dengan adanya produk tempatan ini sahaja yang mampu memberi saingan kepada produk-produk import.

“Sebab kita juga kena fikir, kita harus kurangkan kebergantungan terhadap produk-produk import ini. Kerana kita yakin produk-produk, contohlah kita ambil, seperti produk Milo. Sekarang ini banyak yang boleh sama seperti Milo, cuma namanya berbeza.

“Tetapi kerana kita ini pengguna telah terbiasa bahawa kalau kita mahu minum coklat, kita kena mencari Milo. Jadi itulah kita menggalakkan bahawa pengguna ini lebih bijak untuk memilih barang-barang tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Putatan Datuk Seri Arsit Sedi berkata, sebagai seorang usahawan apabila tarif dikuatkuasakan pada satu-satu negeri atau negara, ia akan menjejaskan kuasa ekonomi berkenaan.

“Dalam hal ini, harga sudah pasti akan ditentukan oleh ‘player’…ertinya mereka yang menentukan harga dan peningkatan kesannya adalah kepada rakyat.

“Jadi tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, amat menjejaskan kepada ekonomi satu negeri,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas Ahli Parlimen Silam meninggal dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular