HomeUtamaBanjir Kinabatangan : Mangsa terjejas terus meningkat kepada 147 orang

Banjir Kinabatangan : Mangsa terjejas terus meningkat kepada 147 orang

Read Time:42 Second

Kinabatangan: Mangsa terjejas banjir dari empat kampung yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam di sini meningkat kepada 147 orang melibatkan 31 keluarga setakat jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding hanya 138 orang yang direkodkan jam 12 tengah hari tadi.

“Ia melibatkan 39 lelaki dan 38 perempuan dewasa serta 34 kanak-kanak lelaki dan 36 kanak-kanak perempuan,” menurut kenyataan itu di sini.

Pada 2 April lalu, Kinabatangan diisytihar sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan berterusan dan kenaikan paras air sungai ke tahap bahaya.

Beberapa buah kampung di daerah yang terletak kira-kira 306 kilometer dari Kota Kinabalu itu, terjejas banjir dan sebuah PPS dibuka iaitu di SK Bukit Garam yang beroperasi sejak 6 petang Rabu. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas Ahli Parlimen Silam meninggal dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular