HomeUtamaTiada bekalan elektrik jadi cabaran anggota SMART di Myanmar

Tiada bekalan elektrik jadi cabaran anggota SMART di Myanmar

Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Selangor : Tidak mempunyai bekalan elektrik serta air bersih menjadi antara cabaran kepada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang mengikuti Operasi MyTeam Relief Gempa Bumi Myanmar baru-baru ini.

Anggota SMART, Avlyanie Moidi,28, yang ditemui di Markas SMART di Pulau Meranti Puchong di sini itu turut mengakui kesukaran berkomunikasi di negara itu turut menjadi antara cabaran kepada pasukannya.

Bagaimanapun katanya, pasukan SMART lebih awal bersedia dengan bekalan yang cukup untuk pasukannya bertugas di mana-mana kawasan negara termasuk luar negara.

“Salah satu cabaran yang saya hadapi semasa di Myanmar adalah elektrik, kami tidak ada jana kuasa. Tetapi yang baiknya pasukan SMART ini sudah sedia mempunyai bekalan yang cukup untuk kami ‘deploy’ ke mana-mana tempat.

“Selain itu bekalan air juga antara cabaran kami selain masalah komunikasi untuk berbahasa English kerana mereka tidak terlalu fasih dalam bahasa Inggeris, Jadi kami memerlukan penterjemah untuk bantu berkomunikasi,”katanya ketika ditemui Sabah Media di sini malam tadi.

Avlyanie yang berasal dari Telipok Sabah itu mula bertugas bersama pasukan SMART bermula 2021 dan berperanan sebagai penyampai maklumat ketika operasi bencana.

Beliau juga merupakan satu-satunya wanita dalam kalangan 50 anggota dan pegawai SMART yang bertugas di negara dilanda bencana itu.

“Saya salah satu penyampai maklumat dan penyelamat juga. Jadi saya akan buat dua-dua kerja. Sekiranya pasukan penyelamat yang lain kekurangan tenaga ataupun memerlukan kerja-kerja yang lain, saya akan bantu masuk,” katanya.

Ketika ditanya mengenai peralatan logistik SMART, Avlyanie berkata peralatan pasukan SMART kini sangat membantu dalam operasi bencana.

“Secara jujurnya, peralatan-peralatan yang pasukan SMART ada sekarang ini sangat-sangat membantu Saya boleh bagi sepuluh per sepuluh. Sangat membantu. Kehadiran kita ini penting sangat penting dan sangat ditunggu-tunggu rakyat Myanmar yang terlibat dengan bencana.

“Pada pendapat dan pandangan peribadi saya Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Tempatan (LEMA) memang mungkin akan dapat selesaikan masalah ini cuma mereka akan makan masa yang lebih lama.

“Kehadiran pasukan SMART di daerah Segaing terutamanya sedikit sebanyak membantu mempercepatkan proses pengeluaran mangsa-mangsa yang terlibat,” katanya – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

UKM sasar lebih ramai pelajar cemerlang Sabah sertai Fakulti Undang-Undang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular