HomeUtamaOp Selamat 24: Sebanyak 483 saman dikeluarkan di Penampang

Op Selamat 24: Sebanyak 483 saman dikeluarkan di Penampang

Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh FLORIETA DIET

PENAMPANG: Sebanyak 483 saman telah dikeluarkan kepada pesalah lalu lintas sepanjang Op Selamat 24 di sini bermula 29 Mac hingga 3 April lepas.

Jumlah saman dikeluarkan meningkat sebanyak 413.83% berbanding hanya 94 dalam operasi yang sama pada tahun tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 39 operasi telah dijalankan melibatkan sekatan jalan raya Op Selamat, Op Mabuk, Op Samseng Jalanan dan Op Lancar.

“Dalam operasi itu juga Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Penampang menahan tiga individu di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta menyita dua buah motosikal mengikut Seksyen 64(1) akta yang sama.

“Sepanjang Op Selamat Hari Raya 2025 sebanyak 23 kes kemalangan melibatkan kerosakan kenderaan sahaja telah direkodkan. Jumlah tersebut adalah sama dengan jumlah kemalangan Op Selamat Hari Raya 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sammy, fokus utama Op Selamat kali ini adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan memastikan keselamatan harta benda orang awam yang pulang ke kampung halaman.

“Ibu Pejabat Polis Penampang, telah mengambil inisiatif untuk menempatkan anggota polis di lokasi-lokasi strategik seperti persimpangan utama, kawasan tumpuan orang ramai serta laluan yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi berlaku kemalangan,” katanya.

Pihaknya juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, tidak memandu dalam keadaan letih atau di bawah pengaruh alkohol serta memastikan kediaman ditinggalkan dalam keadaan berkunci dan selamat.

RELATED ARTICLES
Utama

JBPM Sabah tingkatkan sumber manusia hadapi MTL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular