HomeUtamaTapak Dewan Merotai baharu dikenal pasti

Tapak Dewan Merotai baharu dikenal pasti

Read Time:1 Minute, 20 Second

Tawau: Pihak berkuasa tempatan telah mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk tapak pembinaan Dewan Serbaguna baharu yang dianggarkan bernilai RM2 juta di kawasan Merotai, di sini.

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Tan Sri Liew Yun Fah berkata, ia susulan daripada pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk pembinaan dewan baharu berkenaan pada 16 Februari lalu.

“Sebenarnya kami telah mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai untuk tujuan pembinaan tersebut membabitkan tiga infratruktur iiaitu dewan, parkir kenderaan dan padang.

“Justeru, tapak yang terletak di kawasan padang dengan keluasan lebih 1.2 hektar ini dirasakan sangat sesuai selepas mengambil kira kedudukannya yang tinggi dan bebas banjir,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Dalam masa sama pemilihan cadangan tapak tersebut juga merupakan pelan perancangan jangka masa panjang pembangunan Pekan Merotai Baharu.

Menurut Liew, tapak tersebut terletak di kawasan pelan Pekan Merotai Baharu iaitu berhampiran dengan Kijang Point.

“Kerajaan Negeri mahu dewan baharu ini menjadi nadi kepada aktiviti masyarakat di Merotai termasuk membabitkan ekonomi, sosial dan kebudayaan.

“Saya percaya jika diuruskan dengan baik, ia mampu menjadi lokasi pusat tumpuan awam termasuk satu lagi lokasi pertubuhan ekonomi untuk anak Merotai,” katanya.

Selain dewan baharu, Hajiji turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.9 juta bagi pemasangan lampu solar dari kawasan persimpangan Jambatan Putih sehingga ke Kampung Sungai Udin.

Ia adalah usaha membantu bagi menerangi jalan utama Merotai-Kalabakan serta pewartaan Kampung Melati Burut dan Kampung Iban sebagai perkampungan sah terbaharu di Merotai.

Menurut Liew, ia membuktikan keprihatinan kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah yang mahu memastikan Merotai tidak ketinggalan dalam arus pembangunan Sabah Maju Jaya, biarpun ia terletak di kawasan pembangkang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Banjir Sabah : 19 kampung terjejas, mangsa cecah 1,600 Orang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular