Sipitang : Seramai 13 mangsa termasuk tiga kanak-kanak lelaki dan perempuan berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas kediaman mereka dibelakang Flat Guru Marintaman di sini dilanda banjir.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitant Calvin Joe Jeafery berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.35 malam semalam.

Berikutan itu, katanya, sepasukan anggota dari BBP Sipitang seramai enam anggota diarahkan ke lokasi untuk misi menyelamat.
“Sebaik tiba di lokasi, 13 mangsa didapati terperangkap dalam banjir di lokasi berikutan hujan lebat.
“Daripada jumlah itu, empat adalah lelaki dewasa; enam perempuan dewasa; satu kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan yang terperangkap selepas kediaman mereka dinaiki air,” katanya dalam kenyataan di sini.
Katanya, pasukan Bomba berjaya memindahkan 13 orang mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sipitang.
Tambahnya, pemantauan berterusan dijalankan dan setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud operasi ditamatkan. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM SABAH