HomeUtamaJiran selamatkan rumah dari musnah terbakar

Jiran selamatkan rumah dari musnah terbakar

Read Time:45 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Tindakan pantas jiran rumah sebelah memadamkan api mesin basuh terbakar di belakang rumah jirannya telah menyelamatkan rumah itu dan rumah lain di Sepanggar tengahari tadi (9 April) daripada terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, TPgB Ordine Gilu berkata, jiran berkenaan memadamkan api dengan menggunakan pemadam api sebelum ketibaan bomba.

“Menurut pemilik rumah berkenaan, dia meninggalkan rumahnya dengan mesin basuh sedang berfungsi,” katanya.

Tambahnya lagi, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12:08 tengahari berhubung kejadian itu di sebuah rumah dua tingkat kawasan Sepanggar.

“Bomba tiba di Lokasi kejadian pada jam 12:23 tengahari dan melakukan pemadaman bagi memastikan api benar-benar dipadamkan.

“Hasil pemeriksaan, kebakaran hanya melibatkan mesin basuh yang diletakkan belakang luar rumah dan tidak melibatkan struktur bangunan,” katanya.

Pemeriksaan turut dijalankan di sekitar kawasan memastikan tiada bahaya lain wujud dan seterusnya operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12:42 tengahari.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji mahu lebih ramai wanita terlibat dalam membuat dasar dan keputusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular