HomeUtamaJentayu Sustainables Berhad tumpu inisiatif tenaga hijau di Sabah

Jentayu Sustainables Berhad tumpu inisiatif tenaga hijau di Sabah

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Jentayu Sustainables Berhad (JSB) komited untuk membangunkan Loji Hidrokuasa sebagai inisiatif tenaga hijau utama di negeri ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Beroz Nikmal Mardin berkata loji hidro yang terletak di Ulu Padas Sipitang akan mempunyai kapasiti penjanaan sebanyak 162 megawatt dan dijangka memulakan pembinaan dalam tahun ini.

“Projek ini sedang dalam fasa akhir memuktamadkan perjanjian, termasuk Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) bersama Sabah Electricity (SE) serta kontrak Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC) dengan kontraktor pelaksana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Jentayu Sustainables Berhad 2025 di sini, semalam.

Beroz berkata, projek yang dianggarkan bernilai hampir RM3 bilion itu akan dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta tanpa sebarang dana awam.

“Projek ini akan mengambil masa 42 bulan untuk disiapkan dan kita menyasarkan untuk menjana bekalan elektrik menjelang pertengahan tahun 2029,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa tenaga yang dijana adalah sepenuhnya tenaga hijau dan akan disalurkan ke dalam grid negeri Sabah.

“Kita bercakap tentang tenaga hijau, ESG, dan tanggungjawab terhadap rakyat. Kita bukan sahaja menambah 162 megawatt ke dalam grid, tetapi kita juga menjualnya pada kadar yang sangat kompetitif hanya 31.5 sen/kWj dan ini jauh lebih rendah berbanding pesaing lain di pasaran.

“Ini adalah tanggungjawab kami sebagai rakyat Sabah untuk membekalkan tenaga yang bukan sahaja boleh dipercayai, tetapi juga mampu milik, supaya seluruh rakyat dapat menikmati manfaatnya,” katanya.

Majlis yang dihadiri lebih 500 tetamu itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin yang tiba sekitar jam 12.30 tengah hari.

RELATED ARTICLES
Utama

10 keluarga terjejas kebakaran terima bantuan MUIS, PBNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular