HomeUtamaShafie Apdal Akui Keluar Surat Sokongan permohonan Dokumen Pengenalan Diri

Shafie Apdal Akui Keluar Surat Sokongan permohonan Dokumen Pengenalan Diri

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU, 10 April – Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui bahawa beliau mengeluarkan surat sokongan berhubung dokumen pengenalan diri seperti yang tular baru-baru ini.

Namun katanya beliau hanya memberikan sokongan dalam bentuk surat permohonan dokumen pengenalan diri kepada rakyat, dan bukannya mempunyai kuasa untuk meluluskan permohonan tersebut.

Menjawab isu tular berkaitan surat sokongan terhadap permohonan MyKAS oleh seorang individu dari Semporna, beliau berkata

“Saya hanya sokong, bukan saya yang lulus. Kuasa melulus bukan di tangan saya, itu tanggungjawab Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).”

Shafie menjelaskan bahawa sebagai pemimpin, beliau sering didatangi oleh rakyat dari kawasan luar bandar yang merayu bantuan untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri, dan sebagai wakil rakyat, beliau hanya menjalankan tanggungjawab membantu mereka mendapatkan saluran yang betul.

“Macam mana saya mahu tahu mereka ini rakyat tempatan atau pendatang? Itu kerja pihak berkuasa untuk semak dan nilai, bukan saya.” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, semalam.

Dalam pada itu JPN sebelum ini telah menegaskan bahawa setiap permohonan MyKAS, MyPR dan MyKAD tertakluk kepada undang-undang dan tidak boleh diluluskan secara sewenang-wenangnya walaupun disertakan dengan surat sokongan.

Shafie turut menyatakan bahawa beliau pernah bekerjasama dalam program pendaftaran bergerak bersama bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum untuk membantu penduduk Sabah yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri, khususnya dari komuniti terpinggir.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

GRS tiada masalah tanding solo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular