HomeUtamaBanjir Nabawan : Lima sekolah tidak dapat beroperasi

Banjir Nabawan : Lima sekolah tidak dapat beroperasi

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu: Sebanyak lima buah sekolah di daerah Nabawan terjejas akibat banjir dan tidak dapat beroperasi pada sesi persekolahan hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Saidin, berkata jumlah itu dilaporkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pensiangan sehingga jam 12.30 tengah hari tadi.

Katanya, sekolah yang tidak dapat beroperasi akibat banjir diberi kebenaran untuk menggantikan hari yang tertinggal pada Sabtu selepas situasi banjir pulih.

“Jika ada sekolah yang masih dilanda banjir atau laluan ke sekolah dinaiki air, maka sekolah disarankan supaya mengadakan kelas pada hari Sabtu mengikut jumlah hari sekolah ditutup akibat banjir.

“Ini bagi memastikan jumlah hari persekolahan memenuhi 190 hari seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini hari ini.

Antara sekolah yang terjejas akibat banjir adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabawan; Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Nabawan; SK Kg Enam; SK Kg Bahagia; dan SK Pementerian.

Pagi tadi, Daerah Nabawan diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam dan kenaikan paras air di paras bahaya ketika ini.

Pengisytiharan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Nabawan Ts Marshal Anthony pada jam 5.30 pagi tadi. – SABAH MEDIA / FOTO MEDIA SOSIAL

RELATED ARTICLES
Utama

Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Batu 2, Kg Baru, Tawau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular