HomeUtamaKebakaran musnahkan rumah pekerja di KKIP

Kebakaran musnahkan rumah pekerja di KKIP

Read Time:56 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Satu blok rumah pekerja enam pintu musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran yang berlaku awal pagi tadi (11 April) di Jalan KKIP Timur 4, di Telipok.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi berkata, Pusat Gerakan Operasi Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1:25 pagi.

“Kebakaran melibatkan enam pintu rumah pekerja yang masing-masing berkeluasan 20×30 kaki persegi dan kesemuanya musnah 100 peratus dalam insiden itu. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Tambahnya lagi, pasukan pertama tiba di lokasi kira-kira 16 kilometer dari balai pada jam 1:41 pagi, dan kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 1:52 pagi sebelum operasi sepenuhnya ditamatkan pada jam 5:02 pagi.

Operasi pemadaman membabitkan seramai 32 anggota dari tiga balai bomba iaitu BBP Lintas (11 anggota), BBP Kota Kinabalu (11 anggota), BBP Tuaran (sembilan anggota), serta dua anggota daripada Unit Komunikasi. Turut membantu dalam operasi ialah empat anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Antara aset logistik yang digerakkan termasuk tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua unit EMRS, satu Water Tanker, dan dua unit RIM.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

RELATED ARTICLES
Utama

16 kampung di Tenom terjejas banjir, tujuh transit diaktifkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular