Kota Kinabalu : Daerah Nabawan menjadi daerah terbaharu diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam dan kenaikan paras air di paras bahaya ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Nabawan Ts Marshal Anthony berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 5.30 pagi tadi.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Nabawan,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Berikutan itu juga, satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu di Dewan Serbaguna Majlis Daerah
Marshal berkata, PPS berkenaan diaktifkan setelah pemeriksaan kawasan dan rumah Penduduk Terjejas Bencana (PTB) telah tidak selamat untuk didiami.
“Mohon semua agensi yang terlibat untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. – SABAH MEDIA