HomeUtamaLebih 10,000 orang hadir Rumah Terbuka Raya Ketua Menteri

Lebih 10,000 orang hadir Rumah Terbuka Raya Ketua Menteri

Read Time:49 Second

TUARAN: Lebih daripada 10,000 orang menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan keluarganya di Dewan Seri Sulaman di sini hari ini.

Majlis yang diserikan oleh Tuan Yang Di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tusin menyaksikan persembahan artis-artis tempatan serta penyanyi terkenal Marsha Milan Londoh dan Misha Omar.

Hajiji (kiri) mengiringi Musa menyampaikan Duit Raya kepada kanak-kanak kurang bernasib baik semasa majlis itu.

Hajiji turut mengiringi Musa untuk menyampaikan Duit Raya kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di daerah tersebut.

Bercakap kepada media, Ketua Menteri gembira dengan kehadiran yang begitu ramai di rumah terbuka tersebut yang menurutnya merupakan acara tahunan bagi membolehkan rakyat daripada pelbagai lapisan untuk merayakan Hari Raya bersama.

“Rumah terbuka ini adalah untuk memupuk jalinan hubungan di antara kita,” katanya.

Antara yang hadir ialah Speaker Datuk Kadzim M. Yahya, Jemaah Kabinet Negeri, Setiausaha Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, wakil rakyat dan para pemimpin masyarakat.

RELATED ARTICLES
Utama

Emelka Ryner dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan Putrajaya 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular