HomeUtamaPelan Pembangunan Sepanggar merangkumi aspek pembangunan fizikal dan insan: Mustapha

Pelan Pembangunan Sepanggar merangkumi aspek pembangunan fizikal dan insan: Mustapha

Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh FLORIETA DIET

SEPANGGAR: Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud telah melaksanakan pelancaran awal bagi Pelan Pembangunan Sepanggar yang akan menjadi asas kepada perancangan jangka panjang pembangunan kawasan Parlimen tersebut.

Katanya,  pelancaran asas ini menandakan komitmen kerajaan untuk menyusun pelan pembangunan menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal dan pembangunan insan.

“Pendekatan ini diambil bagi memastikan semua aspek penting dapat dikenal pasti dan diambil kira secara teliti sebelum pelan dilancarkan sepenuhnya.

Mustapha menyerahkan replika cek curah kepada penerima Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah pada Majlis Jalinan Ukhuwah Aidilfitri Pendidikan Tinggi @ Sepanggar

“Kita laksanakan pelancaran awal hari ini sebagai langkah awal. Kita mahu pastikan sebelum pelan ini digerakkan sepenuhnya, kita tidak terlepas pandang perkara-perkara kritikal yang boleh memberi kesan besar kepada penduduk Sepanggar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jalinan Ukhuwah Aidilfitri bersama agensinya dan kerjasama Parlimen Sepanggar serta DUN Inanam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, antara fokus utama pelan pembangunan ini termasuk infrastruktur asas seperti pembinaan dan naik taraf jalan raya, bekalan air dan elektrik, serta penyelesaian isu setinggan. 

“Selain itu, aspek pembangunan insan seperti pendidikan, kemahiran, dan kesejahteraan sosial turut diberi perhatian utama.

“Kita tidak mahu hanya tumpu kepada bina jalan atau projek fizikal sahaja, tetapi mahu pastikan rakyat Sepanggar ini berkembang dari segi potensi diri dan kehidupan mereka juga meningkat,” tambah beliau.

Pelan ini akan melalui fasa perbincangan lanjut dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta agensi kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan dalam tempoh setahun akan datang. 

Ia dijangka diperhalusi menerusi sesi libat urus menyeluruh bagi memastikan penyelesaian yang inklusif dan realistik dapat dicapai.

“Sepanggar ini ada lebih 300,000 penduduk, jadi pelan ini perlu ambil kira semua suara dan keperluan masyarakat setempat. Kita mahu semua warga rasa bahagia bila berada di Sepanggar,” katanya lagi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

PM, Premier Sarawak sepakat selesai isu PETRONAS, PETROS

Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular