HomeUtamaKecurian air di lokaliti UMS antara punca terjejasnya bekalan

Kecurian air di lokaliti UMS antara punca terjejasnya bekalan

Read Time:1 Minute, 54 Second

Kota Kinabalu : Penggunaan air pada kapasiti yang banyak serta insiden kecurian air di lokaliti berjiran dengan kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi antara punca terjejasnya bekalan air di kawasan universiti itu sejak beberapa hari lalu.

UMS dalam satu kenyataan memaklumkan, insiden kecurian itu turut menjejaskan kemasukan air ke tangki R13 milik Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang terletak dalam kawasan kampus.

Menurut kenyataan itu, kadar kemasukan air ke tangki berkenaan berada pada paras yang rendah, iaitu purata sekitar paras 1 daripada skala 10.

“Untuk makluman, tangki R13 bukan sahaja membekalkan air kepada UMS, tetapi juga kepada beberapa bangunan dan kawasan luar kampus.

“Antaranya seperti Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Pejabat Persekutuan Putrajaya Cawangan Sabah, kawasan Alam Mesra, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas serta kawasan perumahan sekitar.

“Pihak universiti sedang mengambil langkah proaktif dan menyeluruh bagi memastikan kebajikan dan keperluan asas pelajar sentiasa terjaga sepanjang tempoh gangguan ini,” menurut kenyataan itu di sini.

Bermula jam 2 pagi tadi, tekanan air dari JANS ke tangki R13 mula kembali pulih dan sebanyak tiga juta liter air telah berjaya dipam ke tangki tersebut. 

Bagaimanapun, UMS memaklumkan, bekalan air ke seluruh kampus telah bertambah baik setelah usaha-usaha pemotongan penyambungan paip secara tidak sah di sekitar perkampungan setinggan berdekatan kampus dilakukan.  

“Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) UMS  akan terus menyelaras penyaluran air berdasarkan kadar bekalan semasa serta memanfaatkan sumber alternatif seperti telaga tiub.

“Sehubungan itu, pihak pengurusan Universiti memohon agar seluruh warga kampus sentiasa peka dengan makluman semasa dan melaporkan sebarang isu berkaitan kepada pihak universiti,”‘tambah kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, UMS turut bekerjasama rapat dengan JANS dan agensi berkaitan bagi mempercepat usaha pemulihan bekalan air secara menyeluruh.

Menurut UMS, pihak universiti amat menghargai kesabaran dan kerjasama semua pelajar serta warga kampus dalam menghadapi situasi ini. 

“Pelajar disaran menggunakan air secara berhemah, menjaga kebersihan diri dan sentiasa mengikuti makluman rasmi yang disalurkan melalui aplikasi mudah alih UMS, laman media sosial rasmi universiti, serta saluran komunikasi kolej masing-masing.

Sebarang pertanyaan lanjut atau permohonan bantuan, pelajar boleh menghubungi Pejabat Kolej Kediaman di talian 088-320060,” tambah kenyataan itu lagi. 

Terdahulu, gangguan bekalan air telah berlaku di kampus UMS yang melibatkan beberapa unit dan blok kolej kediaman. –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

UKM sasar lebih ramai pelajar cemerlang Sabah sertai Fakulti Undang-Undang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular