HomeUtamaUkir sejarah, Mariah Doksil presiden wanita pertama Persatuan Wartawan Sabah

Ukir sejarah, Mariah Doksil presiden wanita pertama Persatuan Wartawan Sabah

Read Time:2 Minute, 4 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Mariah Doksil dipilih sebagai presiden baharu Persatuan Wartawan Sabah (SJA) bagi penggal 2025 – 2026, sekali gus mencatat sejarah sebagai wanita pertama yang menerajui organisasi itu sejak penubuhannya secara rasmi pada tahun 1994.

Mariah (duduk depan, tiga kanan) merakamkan gambar bersama ahli -ahli Persatuan Wartawan Sabah yang terdiri daripada pelbagai agensi media berdaftar di Sabah.

Mariah yang merupakan wartawan akhbar Borneo Post berkata, beliau akan meneruskan misi utama SJA dalam melindungi dan memperjuangkan kebajikan, keperluan serta kepentingan ahli, khususnya berkaitan peranan dan tanggungjawab mereka dalam pelbagai bidang kewartawanan.

“Sebagai presiden wanita pertama persatuan ini, saya melihat pemilihan ini sebagai satu mesej yang kuat kepada semua pengamal media bahawa kepimpinan tidak ditentukan oleh jantina, tetapi oleh semangat kerja berpasukan, kerjasama, dan tanggungjawab bersama.

“Wanita yang mengimbangi kerjaya dan keluarga juga mampu memimpin dengan berkesan sekiranya kepimpinan dilaksanakan secara kolektif dengan semangat perpaduan, saling menghormati dan setiakawan,” katanya yang menang tanpa bertanding semasa Pemilihan Jawatankuasa Baharu 2025-2026.

Proses pemilihan dibuat sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SJA 2025-2026 dan seterusnya mengadakan sambutan majlis Hari Raya Aidilfitri berlangsung di pejabat SJA di sini, hari ini.

Mariah turut berharap agar jawatankuasa baharu dapat menyediakan lebih banyak peluang kepada ahli untuk menyertai latihan kewartawanan bagi meningkatkan kemahiran, menyegarkan pengetahuan serta memastikan pengamal media sentiasa mengikuti perkembangan semasa, selari dengan piawaian nasional dan antarabangsa.

“Kami juga ingin menggalakkan lebih ramai wartawan untuk menyertai persatuan ini supaya kita dapat membina dan melahirkan pemimpin serta fasilitator masa depan yang mampu meneruskan usaha dan misi persatuan,” tambahnya.

Sementara itu, bekas Presiden SJA, Datuk Muguntan Vanar, yang telah memimpin SJA sejak tahun 2017, sebulat suara dilantik sebagai penasihat persatuan. Di bawah kepimpinannya, SJA terus memperjuangkan integriti dan kredibiliti media arus perdana, serta menekankan kepentingan kewartawanan beretika dalam era digital.

Terdahulu, dalam ucapannya, Muguntan mengumumkan pengunduran diri dan tidak akan mempertahankan jawatan presiden.

“Sudah tiba masanya, generasi muda mengambil alih dan memimpin. Dari dalam jawatankuasa yang akan dilantik, terdapat ramai orang yang berkebolehan yang boleh memimpin dan terus membawa persatuan ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Barisan penuh kepimpinan SJA 2025-2026 adalah seperti berikut:
• Presiden: Mariah Doksil (Borneo Post)
• Naib Presiden: Ricardo Unto (Daily Express)
• Setiausaha: Siti Aisyah Narudin (Utusan Borneo)
• Naib Setiausaha: Mohd Nazllie Zainul (Daily Express)
• Bendahari: Angela Tan (Sabah Sin Chew Daily)
• Naib Bendahari: Nancy Lai (Borneo Post)

Ahli Jawatankuasa (AJK):

  • Vivi Olviana Najurus (Utusan Borneo)
  • Fardy Bunga (Nabalu News)
  • Sandra Sokial (The Star)
  • Jegathisan A/L Sivanesan (Borneo Post)
  • Stephanie Lee (The Star)
RELATED ARTICLES
Utama

Rogol anak kandung, lelaki dipenjara 15 tahun, 10 sebatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular