HomeUtamaGagal jaga kebajikan anjing peliharaan, pemilik anjing didakwa

Gagal jaga kebajikan anjing peliharaan, pemilik anjing didakwa

Read Time:59 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seminggu selepas insiden seekor Siberian Husky dipukul oleh seorang lelaki warga emas, pemilik anjing itu pula dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan gagal menjaga kebajikan anjing peliharaanya.

Brandon Tim Tony, 24, mengaku bersalah namun pengakuannya ditolak selepas beliau mempertikaikan fakta kes yang dibacakan di hadapan Hakim Hurman Hussain, hari ini.

Mahkamah menetapkan 15 Mei depan untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin tempatan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan tidak menjalankan jagaan dan pengawasan yang munasabah yang berhubungan dengan kebajikan haiwan atau perlindungan haiwan peliharaanya iaitu seekor anjing baka Siberian Husky daripada penganiayaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 31 Disember 2024 jam lebih kurang 1.30 petang bertempat di Taman Donggongon, Penampang.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 22(1) Enakmen Kebajikan Haiwan 2015, yang membawa hukuman denda sehingga RM75,000, penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya.

Minggu lalu, seorang lelaki berusia 78 tahun dikenakan denda RM4,000 selepas mengaku bersalah memukul anjing tersebut kerana membunuh dua ayam Turkey peliharaannya, selain mempertahankan diri.

LINK BERITA TERDAHULU: https://sabahmedia.com/2025/04/07/pukul-anjing-kerana-bunuh-ayam-turkey-warga-emas-didenda-rm4000/

RELATED ARTICLES
Utama

UKM sasar lebih ramai pelajar cemerlang Sabah sertai Fakulti Undang-Undang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular