HomeUtamaKerja naik taraf Pusat Jantung Sabah dijangka bermula September ini

Kerja naik taraf Pusat Jantung Sabah dijangka bermula September ini

Read Time:52 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Kerja-kerja projek naik taraf Pusat Jantung Sabah (PJS) dijangka dimulakan pada bulan September tahun ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, pelaksanaan projek tersebut kini berada dalam fasa penyediaan dokumen Schedule of Accommodation (SOA) dan Preliminaries Detailed Abstract (PDA) oleh agensi pelaksana, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKRM).

“Setakat ini, JKRM telahpun membuat lawatan tapak ke Hospital Queen Elizabeth II pada 22 hingga 23 Januari 2025 untuk membuat semakan skop kerja serta tinjauan tapak projek.

“Kita menjangkakan PJS yang beroperasi di Hospital Queen Elizabeth II ini akan memulakan kerja-kerja pada bulan September ini, kerana untuk makluman, pada bulan Mei ini PDA akan diserahkan kepada JKRM untuk dimuktamadkan harga,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Alias Sani (Sekong – Warisan) di Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini mengenai status PJS yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada April tahun lepas, Anwar mengumumkan RM80 juta akan diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan untuk menubuhkan pusat jantung di Hospital Queen Elizabeth II.

RELATED ARTICLES
Utama

SAREC 2025, platform kerjasama pacu peralihan Sabah ke arah masa depan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular