HomeUtamaLIGS perluas Program Penanaman Nenas MD2, fokus tambah pendapatan petani di Sabah

LIGS perluas Program Penanaman Nenas MD2, fokus tambah pendapatan petani di Sabah

Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Dalam usaha meningkatkan pendapatan petani dan mengurangkan kebergantungan kepada tanaman getah, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) kini giat memperluaskan program penanaman nenas MD2 di beberapa kawasan di Sabah.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, menerusi program yang bermula pada 2022, penanaman nenas MD2 dimulakan di kawasan seluas lima ekar melibatkan tujuh peserta dengan kos RM35,000.

“Pada 2024, keluasan projek bertambah kepada 15 ekar melibatkan 12 peserta dan kos meningkat kepada RM500,000. Tahun ini, projek itu sekali lagi diperluaskan ke kawasan seluas 30 ekar, membabitkan 21 peserta dengan peruntukan RM1.3 juta.

“Meskipun tanaman getah masih diberi perhatian, LIGS kini turut menumpukan kepada tanaman alternatif lain seperti nenas MD2 bagi mempelbagaikan sumber pendapatan pekebun kecil,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada ADUN Banggi Datuk Mohammad Mohamarin pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16, hari ini yang bertanyakan adakah perancangan kementerian mengusahakan tanaman nenas di Banggi selain getah.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri 1, menjelaskan selain program penanaman nenas, usaha pembangunan semula ladang getah juga diteruska secara berkolompok.

Pada tahun 2023, seluas 61.21 hektar ladang getah dibangunkan semula di Kampung Pangkalan Darat melibatkan 14 peserta dengan kos RM1.16 juta. Sementara itu, pada tahun 2024, 52 hektar ladang lagi dibangunkan di Kampung Gagau dengan penyertaan 30 peserta dan kos hampir RM1 juta,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Kaamatan dilancarkan di Tambunan 1 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular