HomeUtamaTambah peruntukan percepat kerja naik taraf Hospital Beaufort - Ruslan

Tambah peruntukan percepat kerja naik taraf Hospital Beaufort – Ruslan

Read Time:1 Minute, 12 Second

Beaufort : Kerajaan Persekutuan dicadang untuk menambah peruntukan dana sebanyak RM50 juta bagi mempercepatkan lagi kerja-kerja naik taraf tiga blok bangunan Hospital Beaufort yang kini sedang dalam pembinaan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, ia adalah bagi memastikan kerja-kerja pembinaan dapat disegerakan selain melengkapi fasiliti yang diperlukan di hospital berkenaan.

“Apabila fasiliti lengkap dan memadai, petugas kesihatan dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih efisien, dan rakyat pula akan menerima perkhidmatan yang lebih berkualiti.

“Bagi pihak Kerajaan negeri, kita turut menzahirkan komitmen berterusan untuk memastikan kesejahteraan rakyat, khususnya dalam bidang kesihatan, dan berharap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat menyegerakan penyaluran peruntukan tambahan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Sambutan 40 Tahun Hospital Beaufort di sini semalam.

Ruslan berkata, Hospital Beaufort dilihat jauh ketinggal berbanding hospital-hospital lain di seluruh negara.

Justeru katanya, pihaknya bersama pemimpin setempat akan terus berusaha agar Hospital Beaufort mendapat perhatian sewajarnya.

Terdahulu, mengenai majlis itu, Ruslan berkata, Hospital Beaufort telah berperanan besar sejak empat dekad yang lalu dalam memberikan rawatan dan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat sekitar.

Justeru itu katanya, sambutan itu adalah simbol penghargaan buat semua yang pernah menyumbang daripada pengarah hospital, barisan jururawat, doktor hinggalah ke kakitangan sokongan.

“Saya amat menghargai usaha pihak hospital yang turut memberikan penghormatan kepada mantan-mantan Pengarah Hospital Beaufort, yang telah mencurahkan komitmen dan kepimpinan sepanjang perkhidmatan mereka. Ini satu budaya menghargai jasa yang sangat baik dan wajar diteruskan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

34 peserta sertai ‘KK Love Bike: Free Ride Tour and KK...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular