HomeUtama74 paket kecil syabu dirampas, lelaki warga asing ditahan

74 paket kecil syabu dirampas, lelaki warga asing ditahan

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh FLORIETA DIET

TAWAU: Polis merampas 74 paket plastik kecil berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 52.43 gram dan menahan seorang suspek lelaki dalam satu serbuan di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, dalam operasi kira-kira jam 7.30 pagi itu, seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an berjaya ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Tawau hasil maklumat risikan.

“Tindakan pantas pasukan serbuan berjaya menahan suspek yang cuba melarikan diri dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan ke atas suspek menemukan dua kotak plastik lutsinar di dalam beg pinggang yang dipakainya, mengandungi 74 paket kecil syabu dengan nilai anggaran rampasan berjumlah RM2,550,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Siasatan awal juga mendapati suspek mengaku mendapatkan bekalan dadah daripada seorang rakan yang dipercayai masih berada di kawasan sama.

Menurut Jasmin, suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut, manakala usaha mengesan individu lain yang terlibat dalam sindiket pengedaran dadah berkenaan sedang giat dijalankan.

Beliau turut menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah bagi membantu menjaga keselamatan dan keharmonian masyarakat.

RELATED ARTICLES
Utama

Emelka Ryner dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan Putrajaya 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular