HomeUtamaKPM beri komitmen perkukuh ekosistem pendidikan digital

KPM beri komitmen perkukuh ekosistem pendidikan digital

Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus memberi komitmen tinggi dalam memperkukuh ekosistem pendidikan digital, teknologi dan kecerdasan buatan (AI) di negara ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, ia juga adalah selaras dengan perkembangan pesat arus teknologi global.

“Hari ni saya sampai ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi menghadiri satu program yang bagi saya ianya cukup signifikan selain pembentangan resolusi berkaitan pendidikan.

“Saya fikir ini menunjukkan komitmen di peringkat pendidikan dan warga pendidikan bahawa kepentingan pendidikan digital, teknologi dan AI ini yang mesti diambil peluang ketika ini untuk terus diperkukuhkan. 

“Jadi bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kita memang dalam usaha untuk terus memperkukuhkan ekosistem pendidikan digital, AI dan teknologi kita ini melalui pelbagai segmen dan juga peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Madani : Cakna Pendidikan Digital di Dewan Resital UMS di sini hari ini.

Fadhlina berkata, tumpuan itu akan diberikan terhadap pengukuhan prasarana dan juga melalui dasar pendidikan digital negara selain  mengukuhkan pelan pembangunan pendidikan yang baru serta pelaksanaan kokurikulum yang akan datang.

Pada majlis itu juga, satu resolusi berkaitan pendidikan turut diadakan sebagai simbol komitmen bersama warga pendidikan terhadap masa depan pendidikan digital negara.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan membina jati diri dan nilai murni dalam kalangan pelajar di samping kemajuan teknologi.

“Dalam kita menempuh arus rempuhan teknologi, asas paling penting iaitu akhlak dan nilai tetap perlu diperkukuh. 

“Sebab itu, pendidikan karakter akan menjadi salah satu fokus utama dalam kurikulum baharu nanti, selari dengan pengukuhan ekosistem dan prasarana digital yang sedang diusahakan,” katanya.

Tambahnya, program itu sekali gus menjadi landasan penting bagi memperkukuhkan kerjasama antara pihak kementerian, institusi pendidikan dan industri ke arah memperkasa masa depan pendidikan negara. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Emelka Ryner dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan Putrajaya 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular