HomeUtamaHajiji lancar Karnival Jubli Perak Masjid Bandaraya

Hajiji lancar Karnival Jubli Perak Masjid Bandaraya

Read Time:46 Second

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini melancarkan Karnival Jubli Perak Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini.

Pelbagai program telah diatur pada karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 20 April.

Ia termasuklah pameran oleh jabatan kerajaan dan pihak swasta di perkarangan masjid.

Hajiji, yang diiringi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ariffin Arif serta Pengerusi Masjid Bandaraya Datuk Paiman Abd Karim turut melawat gerai-gerai pameran selepas majlis pelancaran.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Paiman Abdul Karim berkata, sebanyak 35 gerai telah dibuka dan disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Katanya, pelbagai program telah diisi selama tiga hari karnival itu diadakan demi manfaat masyarakat.

“Kami juga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Ketua Menteri. Selain itu, saya juga memohon agar masjid ini dilengkapkan dengan penghawa dingin. 

“Kalau kita tengok masjid dan surau di Sabah ini, semuanya mempunyai penghawa dingin,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Batu 2, Kg Baru, Tawau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular