HomeUtamaKarnival Jom Masuk U 2025 bermula esok

Karnival Jom Masuk U 2025 bermula esok

Read Time:49 Second

BERNAMA

Putrajaya: Karnival Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) meneruskan siri jelajah kesembilan zon di seluruh negara bermula 19 April hingga 18 Mei ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan semalam memaklumkan JMU 2025 akan bermula di dua zon iaitu Sandakan, Sabah dan Kuala Nerus, Terengganu.

JMU 2025 adalah antara inisiatif utama kementerian bagi memperluas akses pendidikan tinggi kepada pelajar di seluruh negara terutamanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf.

“Karnival ini menjadi platform penting untuk menyampaikan maklumat berkaitan laluan pendidikan tinggi secara langsung dan menyeluruh kepada bakal mahasiswa,” menurut kenyataan itu.

Melalui karnival itu, pelajar akan didedahkan dengan panduan lengkap proses permohonan UPUOnline, peluang tajaan, pinjaman pendidikan dan bantuan kewangan serta interaksi terus bersama wakil institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan alumni.

KPT menyeru semua pelajar, ibu bapa, penjaga, guru, kaunselor serta orang awam untuk mengambil bahagian dalam JMU 2025 bagi mendapatkan maklumat, membuat pilihan tepat dan membina masa depan lebih terancang dalam pendidikan tinggi. BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Banjir Sabah : 19 kampung terjejas, mangsa cecah 1,600 Orang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular