HomeUtamaADUN Elopura digesa hentikan menjatuhkan imej Sandakan - Chok

ADUN Elopura digesa hentikan menjatuhkan imej Sandakan – Chok

Read Time:1 Minute, 39 Second

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun digesa berhenti menjatuhkan imej Sandakan hanya kerana ingin bermain politik sensasi, sebaliknya tampil dengan cadangan membina demi kepentingan rakyat.

Ahli Jawatankuasa DAPSY Sabah merangkap Setiausaha DAPSY Sandakan, Chok Jun Ming mempersoalkan tindakan Chong yang lantang mempertikaikan rancangan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) di Sandakan melalui media, namun membisu sepenuhnya semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

“Sidang DUN ialah tempat paling sesuai untuk bertanya kepada menteri. Tapi beliau langsung tidak bertanya, sebaliknya membisu mengenai isu tersebut,” kata Chok dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Calvin sebelum ini mencadangkan kilang tersebut dipindahkan ke Kota Kinabalu atas alasan Sandakan tidak mempunyai asas kukuh dalam industri EV, tanpa memahami fakta sebenar.

Sebaliknya, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan, Datuk Phoong Jin Zhe telah menjelaskan di DUN bahawa projek tersebut merupakan pelaburan swasta tempatan, sudah mendapat lesen perkilangan persekutuan, dan dilaksanakan atas tanah milik syarikat.

Phoong juga menjawab isu bekalan elektrik, air dan alam sekitar secara terperinci tetapi Calvin, yang mencetuskan isu ini, langsung tidak tampil bertanya atau membalas.

“Ini jelas menunjukkan niat sebenar beliau hanyalah untuk mencipta persepsi negatif dan menagih perhatian media, bukannya menyelesaikan masalah,” tegas Chok.

Beliau menyifatkan kenyataan Calvin yang menyarankan pelaburan itu dipindahkan keluar sebagai tidak bertanggungjawab dan merugikan rakyat Sandakan sendiri.

“Sikap pembangkang seperti ini hanya akan melambatkan pembangunan setempat. Sandakan amat mengharapkan pembangunan. 

“Oleh itu, semua pihak perlu bersatu dalam merebut peluang pelaburan dan bukan menentangnya semata-mata kerana perbezaan politik yang akhirnya akan mengorbankan peluang pekerjaan dan masa depan serta ekonomi penduduk,” tegasnya.

Beliau menyeru agar Calvin menghentikan kenyataan yang menjatuhkan imej Sandakan. 

Chok turut mengingatkan bahawa Parti Warisan masih sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan memegang jawatan Timbalan Menteri.

“Dalam sejarah politik Sabah, belum pernah berlaku mana-mana wakil rakyat yang tidak mengalu-alukan pelaburan di kawasan sendiri. 

“Calvin Chong adalah yang pertama dan beliau patut menjelaskan kepada rakyat yang sebenarnya beliau berkhidmat untuk siapa?,” soalnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah Electricity tampil agih bantuan kepada mangsa banjir di Beaufort

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular