HomeUtamaGabungan GRS-PH Plus tentukan hala tuju politik Sabah hadapi PRN –  Armizan

Gabungan GRS-PH Plus tentukan hala tuju politik Sabah hadapi PRN –  Armizan

Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Penentuan bentuk kerjasama dan pendekatan politik menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang diserah sepenuhnya kepada kebijaksanaan dan muafakat dalam kalangan parti-parti yang membentuk kerajaan negeri hari ini.

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata segala keputusan berkaitan hala tuju politik negeri harus dibincang dan dimuktamadkan secara bersama oleh gabungan kerajaan sedia ada yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH) Plus.

“Saya fikir yang menjadi penentu utama kepada hala tuju politik kita menjelang pilihan raya ini adalah kerajaan negeri hari ini GRS-PH Plus.

“Maka, apa juga keputusan perlu dirunding dan dimuktamadkan secara kolektif dalam kalangan parti-parti yang menganggotai kerajaan semasa,” katanya ketika mengulas kenyataan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mengumumkan kerjasama UMNO Sabah dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi PRN akan datang.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Ahli Parlimen Papar dan ADUN Kawang di SMK Pengalat di sini, hari ini.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut menyatakan bahawa pendiriannya selari dengan kenyataan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, yang menegaskan bahawa sebarang pendekatan politik ke hadapan perlu dibentuk melalui persetujuan bersama dalam kalangan komponen kerajaan negeri.

“Saya amat bersetuju dengan kenyataan YAB Ketua Menteri. Kerajaan negeri hari ini adalah gabungan GRS-PH Plus, jadi biarlah gabungan ini yang menentukan dan memurnikan bentuk pendekatan ke hadapan menjelang PRN,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kes HFMD di seluruh negara meningkat 266 peratus – KKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular