HomeUtamaTun Musa hadir Majlis Rumah Terbuka 5 Divisyen di Kem Lok Kawi

Tun Musa hadir Majlis Rumah Terbuka 5 Divisyen di Kem Lok Kawi

Read Time:1 Minute, 6 Second

Putatan :  Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin menghadiri Majlis Rumah Terbuka 5 Divisyen di Dewan Kinabalu Kem Lok Kawi, di sini semalam.

Keberangkatan tiba Tun Musa dan Toh Puan Faridah pada jam 12.30 tengah hari disambut Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin dan isteri, Datin Noriza Md Rashid.

Majlis itu dihadiri lebih 350 tetamu termasuk ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri, agensi swasta, anggota tentera serta rakan strategik, bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta menghargai kerjasama antara Angkatan Tentera Darat dan komuniti setempat.

Antara pengisian program adalah gerai juadah hari raya dan photobooth bertemakan budaya tempatan serta persembahan nyanyian daripada Band N’Separang yang mencerminkan keterbukaan Angkatan Tentera Darat kepada masyarakat.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN Tanjung Keramat Datuk Ir. Shahelmey Yahya dan isteri, Datin Dayang Siti Noor Hayyat Awang Mohd Saufi; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Al Hambra Tun Juhar dan isteri, Datin Scarlett Suhaili Sambinding Abdullah; Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah Mastina Ibnu Hassan serta wakil Ketua Polis Sabah, Datuk Mohd Azhar Hamin.

Turut berlangsung, penyampaian sumbangan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA-GRS) kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kem Lok Kawi oleh wakil Yang Dipertua badan amal itu iaitu Datin Dayang Siti Noor Hayyat.

RELATED ARTICLES
Utama

JPPKK, KPT anjur Anugerah Gemilang Pelajar martabatkan institusi pendidikan TVET negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular