HomeUtamaTYT, Ketua Menteri hadir Rumah Terbuka Aidilfitri di Papar

TYT, Ketua Menteri hadir Rumah Terbuka Aidilfitri di Papar

Read Time:1 Minute, 6 Second

PAPAR: Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, berlangsung meriah hari ini dengan kehadiran lebih 18,000 pengunjung dari seluruh daerah Papar.

Majlis rumah terbuka yang diadakan di Dewan SMK Pengalat itu turut menerima kehadiran tetamu kehormat Yang Di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tusin, yang disambut mesra oleh para penganjur dan masyarakat setempat.

Mengiringi Tun Musa ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, dan isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Majlis bermula dengan ketibaan Ketua Menteri yang disambut oleh Datuk Armizan dan Datuk Ghulam sebelum beliau menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di pentas utama di luar dewan.

Setibanya Tun Musa dan isteri, mereka turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima terdiri daripada golongan kurang berkemampuan di dalam dewan, diiringi oleh Ketua Menteri.

Majlis rumah terbuka itu turut diserikan dengan pelbagai juadah tradisional Hari Raya yang disediakan untuk para pengunjung, antaranya sate, rendang, lemang, ketupat, kuih-muih serta pelbagai jenis minuman dan makanan lain.

Selain itu, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan artis-artis tempatan termasuk kumpulan Masmona Band, serta berpeluang memenangi hadiah menarik melalui cabutan tiket bertuah yang menambah lagi kemeriahan sambutan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pembangunan daerah perlukan komitmen penuh Ahli Majlis Daerah – Dr Joachim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular