HomeUtamaTamu Desa Kg Pelakat berfungsi sebagai pusat aktiviti keusahawanan komuniti

Tamu Desa Kg Pelakat berfungsi sebagai pusat aktiviti keusahawanan komuniti

Read Time:1 Minute, 40 Second

Sipitang : Tamu Desa Kampung Pelakat di sini diyakini mampu menjadi sebuah pusat aktiviti keusahawanan komuniti bagi menjual hasil pertanian dan laut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, beliau mahu usahawan di daerah Sipitang khususnya penduduk setempat menggunakan tamu itu sepenuhnya menjual produk-produk tempatan yang berasaskan makanan samada makanan laut atau makanan asas hasil pertanian.

Katanya, Tamu Desa Kampung Pelakat akan diadakan setiap Hari Ahad menjadi tamu keempat di daerah ini selepas Tamu Pekan Sipitang pada Hari Khamis, Tamu Pekan Mesapol pada hari Jumaat dan Tamu Pekan Sindumin pada Hari Sabtu.

“Ini sebagai game changer bagi kami dan saya telah menyarankan usahawan di sini mengambil peluang ini dan ditambah lagi dengan Taman Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang nanti akan ada enam kilang besar dibuka bermula tahun ini dengan 10,000 orang pekerja nanti dengan keluarga yang akan mencecah 25,000 orang.

“Yang ada sekarang Petrochemical Fertilizer ada 600 pekerja, ZLNG akan ada 200 pekerja tetap, Petroventure lebih kurang 1,000 lebih pekerja tetap, Gibson lebih kurang 1,000 lebih pekerja tetap, ada Esteel dengan pelaburan RM30 bilion akan ada lebih kurang 3,000 lebih pekerja tetap dan SOGIP Port.  

“Jadi akan ada pasaran dan permintaan untuk produk tempatan, jadi inilah yang kami inginkan dan sudah ada usahawan tempatan yang menjual barang-barang makanan samada dari sumber laut antaranya keropok, kerepek dan buah-buahan,” katanya pada Majlis Perasmian Tamu Desa Kampung Pelakat dan Jamuan Raya Sekampung.

Majlis itu disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Hadir sama, Pengerusi Pengelola Lembaga Koko Malaysia yang juga Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah dan Pegawai Daerah SIpitang Abd Karim A.M Zahari.

Pada majlis itu, Ewon turut mengumumkan penjimatan perbelanjaan daripada pelaksanaan premis Tamu Desa 2024, akan digunakan bagi menaik taraf Tamu-Tamu Desa sedia ada seperti yang dikemukakan oleh pemimpin setempat.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad turut mencadangkan pembukaan sebuah lagi tamu desa di Kampung Mendulong iaitu disimpang tiga antara Jalan Tenom – Meligan/Mendulong.

RELATED ARTICLES
Isu tempatanUtama

Bot pukat jerut bilis ditahan, langgar syarat lesen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular