HomeIsu tempatanYayasan TM, UMS giat laksana program siap siaga bencana

Yayasan TM, UMS giat laksana program siap siaga bencana

Read Time:2 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) terlibat secara aktif dalam Program Jerayawara Komuniti Siap Siaga Bencana YTM-UPNM-NADMA yang telah diadakan di daerah Kudat, baru-baru ini.

Program Jerawaya tersebut merupakan anjuran Yayasan TM bersama Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (HADR), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Pejabat Daerah Kudat, MET Malaysia Sabah, dan NDRC, UMS.

Program ini telah dirasmikan Pengarah Yayasan TM Ainol Shaharina Sahar.

Pengarah NDRC, UMS, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus berkata,jerayawara tersebut merupakan susulan daripada Bengkel Kajian Semula Pelan Tindak Balas Kecemasan Tsunami (TERP) untuk daerah Kudat yang telah diadakan pada bulan November 2024 yang lalu, yang mana NDRC UMS turut aktif sebagai pakar rujuk dalam bengkel semakan semula pelan tindakan TERP tersebut.

“Program ini dapat memperkukuh kesiapsiagaan dan respon komuniti terutamanya, apabila menghadapi bencana tsunami dan termasuklah gempa bumi di daerah Kudat, di samping dapat meningkatkan penyelarasan kordinasi serta kerjasama pengurusan bencana rentas sektoral antara agensi kerajaan, institusi pendidikan tinggi awam Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan komuniti tempatan.

“Pengisian aktiviti dalam Jerayawara ini termasuklah Taklimat Mengenai Peranan Agensi NADMA dan Komuniti dalam Mengendalikan Bencana, Pengenalan Kepada Bencana Tsunami, Simulasi Tindak Balas Kecemasan Untuk Gempa Bumi, TERP Kudat dan Kesiapsiagaan Bencana (Evakuasi), Penyediaan Grab Bag, Latihan Penyelamatan Nyawa Asas (CPR) dan Latihan First Aid untuk murid-murid sekolah oleh institusi, agensi dan badan berkaitan seperti UPNM, NADMA, MET Malaysia, Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kudat dan NDRC UMS,” katanya.

Dalam Program yang berlangsung selama empat hari itu, NDRC UMS telah memberikan khidmat latihan dan simulasi tindak balas gempa bumi kepada komuniti di Sikuati, komuniti sekitar Pekan Kudat, murid-murid dan guru sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) St. Peter dan di SJK (C) Lok Yuk Batu 1 dan SK Lok Yuk, Kudat.

Tambah Carolyn, aktiviti-aktiviti dalam program tersebut dapat memberikan peluang kepada komuniti untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta respon yang betul ketika menghadapi bencana selain dapat meningkatkan kecekapan dan kesedaran dalam menangani situasi kecemasan.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam usaha menjadikan komuniti lebih berdaya tahan terhadap ancaman bencana alam, khususnya di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti berisiko tinggi akan mengalami gempa bumi dan tsunami seperti Kudat,” katanya.

Turut hadir, Ketua Komuniti dan Pembangunan Negara, Yayasan TM, Datin Noorul Syifa Mohd Isa; Pengarah Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (HADR) UPNM, Kdr Ts. Dr. Haliza Mohd Zahari; Ketua Projek dan Pegawai Penyelidik Kanan HADR-UPNM, Mohd Muhaimin Ridwan Wong serta Pegawai Penyelidik NDRC UMS, Eldawaty Madran.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS, KIGS meterai surat hasrat perkukuh kerjasama serantau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular