HomeUtamaAgihan kerusi PRN17: GRS-PH Plus akan bincang dalam masa terdekat – Hajiji

Agihan kerusi PRN17: GRS-PH Plus akan bincang dalam masa terdekat – Hajiji

Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah kini giat dirancang apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, mengesahkan bahawa perbincangan mengenai agihan kerusi antara parti-parti dalam kerajaan negeri akan diadakan dalam masa terdekat.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan bahawa gabungan GRS-Pakatan Harapan (PH) Plus yang membentuk kerajaan negeri ketika ini akan menentukan parti mana yang bakal bekerjasama menjelang PRN.

“Kita adalah kerajaan negeri, jadi kita yang menentukan mana-mana parti yang ingin kita bekerjasama dalam pilihan raya negeri akan datang ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Sabah Energy Corporation (SEC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini, hari ini.

Menurut beliau, selain GRS dan PH, gabungan ‘Plus’ turut merangkumi pemimpin lain dalam kerajaan, termasuk Datuk Ir Shahelmey Yahya.

“Plus termasuk juga mereka itu (Shahelmey),” katanya ketika ditanya mengenai keanggotaan ‘Plus’.

Hajiji berkata sebelum menghadapi PRN, gabungan yang mantap perlu dibentuk demi memastikan kestabilan politik di Sabah terus terpelihara.

“Bagi kita, apa juga kemungkinan boleh berlaku kerana matlamat kita adalah untuk mewujudkan kestabilan politik di negeri Sabah,” jelas beliau.

Beliau masih menegaskan bahawa GRS sentiasa terbuka kepada sebarang ruang kerjasama politik yang boleh membawa kebaikan kepada negeri ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Kes HFMD di seluruh negara meningkat 266 peratus – KKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular