HomeUtamaBekas setiausaha persatuan bakal didakwa, kemuka dokumen palsu kepada Ketua Menteri Sabah

Bekas setiausaha persatuan bakal didakwa, kemuka dokumen palsu kepada Ketua Menteri Sabah

Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang bekas setiausaha sebuah persatuan telah ditahan kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu berkaitan permohonan mendapatkan peruntukan khas berjumlah kira-kira RM85,000 daripada Ketua Menteri Sabah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan suspek, seorang lelaki berusia 50-an, kira-kira jam 9.40 pagi tadi ketika beliau hadir ke pejabat SPRM Sabah untuk memberikan keterangan.

Susulan penahanan itu, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu bagi tujuan pertuduhan esok pagi.

Dalam suatu kenyataan yang dikeluarkan oleh MACC, peruntukan itu kononnya bertujuan membina bangunan pejabat pentadbiran persatuan di sebuah daerah di negeri ini di mana ia juga tempat setiausaha tersebut bekerja.

“Suspek yang juga merupakan seorang guru besar disyaki mengemukakan dokumen palsu ketika memohon untuk mendapatkan peruntukan khas bagi pembinaan bangunan pejabat pentadbiran persatuan tempatnya bekerja.

“Suspek yang kini telah digantung tugas, sebelum ini pernah dituduh sebanyak lapan pertuduhan di Mahkamah Sesyen (Khas Rasuah) Kota Kinabalu pada 21 Mei 2024 dibawah Seksyen 471 dan Seksyen 107(c) Kanun Keseksaan dan kes masih dalam perbicaraan.”

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi  mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes akan dituduh di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

RELATED ARTICLES
Utama

Kes HFMD di seluruh negara meningkat 266 peratus – KKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular