Kota Kinabalu: Kerajaan negeri hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada penganut Katolik di seluruh dunia berikutan pemergian Pope Francis semalam.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan berkata, pemergian Pope Francis merupakan kehilangan besar kepada penganut Katolik bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.
“Dunia meratapi pemergian seorang pemimpin kerohanian yang benar-benar mulia yang terkenal dengan kerendahan hati, belas kasihan dan yang bijaksana.
“Bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat Sabah, saya mengucapkan takziah kepada semua penganut Katolik di saat kesedihan anda,” katanya di sini hari ini.
Pope Francis meninggal dunia Isnin pada usia 88 tahun. – SABAH MEDIA