HomeUtamaLelaki hilang di kebun Kg Gansurai sejak Ahad ditemui selamat

Lelaki hilang di kebun Kg Gansurai sejak Ahad ditemui selamat

Read Time:1 Minute, 3 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA BELUD:  Seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu di sebuah kebun di Kampung Gansurai di sini, ditemui dalam keadaan selamat pagi tadi (22 April) selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh agensi keselamatan bersama penduduk kampung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, mangsa dipercayai mengalami tekanan jiwa sejak kembali dari bekerja di Korea pada 2018.

“Mangsa kali terakhir dilihat sekitar jam 6 pagi pada 20 April sebelum disedari hilang oleh ahli keluarganya. Laporan kehilangan dibuat pada malam keesokan harinya, 21 April jam 8.45 malam melalui panggilan kecemasan BBP Kota Belud,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi SAR dimulakan seawal jam 10.05 pagi hari ini (22 April) melibatkan kekuatan 11 anggota BBP Kota Belud, satu unit drone, bersama sokongan lapan anggota PDRM, 12 dari APM serta 50 penduduk kampung.

“Mangsa berjaya ditemui oleh orang kampung yang turut serta dalam pencarian pada jam 10.13 pagi, kira-kira 2.5 kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK). Mangsa dilaporkan dalam keadaan selamat dan segera diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.25 pagi,” katanya.

Operasi turut melibatkan dua jentera termasuk sebuah Vigo dan Land Cruiser Kejuruteraan.

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK nafi keluarkan kompaun penggunaan beg plastik sekali guna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular