HomeUtamaSawit Kinabalu sumbang RM1 juta kepada YKS

Sawit Kinabalu sumbang RM1 juta kepada YKS

Read Time:24 Second

Kota Kinabalu: Kumpulan Sawit Kinabalu menyumbang RM1 juta kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Shangri-La Tanjung Aru Resort, di sini hari ini.

Penyampaian sumbangan disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Victor Ationg, kepada Pengarah YKS, Datuk Diyanah Abdullah.

Penyerahan sumbangan disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu.

Hadir sama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib serta ahli lembaga pengarah Kumpulan Sawit Kinabalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Banjir Sabah : 19 kampung terjejas, mangsa cecah 1,600 Orang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular