HomeUtamaSeorang lelaki maut dalam kemalangan libatkan dua kenderaan di Sook

Seorang lelaki maut dalam kemalangan libatkan dua kenderaan di Sook

Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh FLORIETA DIET

KENINGAU: Seorang lelaki berusia 44 tahun maut dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan dua buah kenderaan jenis Proton Saga dan Proton Saga BLM di Batu 18, Sook dekat sini, awal pagi tadi (22 April).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Faisal Ahmad berkata, kedua-dua kenderaan itu dipercayai telah bertembung. Pemandu Proton Saga BLM disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Manakala pemandu Proton Saga yang berusia 22 tahun hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Sook menggunakan ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Faisal berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan pada jam 6:05 pagi dan jentera dari BBP Sook dengan lima anggota segera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 19 kilometer dari balai. Jentera tiba di lokasi pada jam 6:24 pagi.

Operasi yang dijalankan dengan bantuan tiga anggota PDRM dan tiga anggota KKM ditamatkan pada jam 7:23 pagi setelah keadaan di lokasi selamat.

Sementara di PITAS, dua mangsa kemalangan jalan raya cedera di kaki apabila lori Hino tiga tan yang mereka naiki terbabas ke dalam parit di Jalan Kanibungan, berhampiran SK Rukom, awal pagi tadi.

Ketua Balai BBP Pitas, Noor Jali Maslah berkata, lori yang membawa muatan barangan runcit tersebut terbabas sendiri ke dalam parit. Dua orang mangsa yang terperangkap dalam lori berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas.

“Mangsa, yang terdiri daripada seorang lelaki berusia 53 tahun dan seorang wanita berusia 21 tahun, diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke Hospital Pitas bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Tambahnya lagi, panggilan kecemasan diterima pada jam 12:40 pagi dan jentera dari BBP Pitas, yang terdiri daripada tujuh anggota, bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 15 kilometer dari balai. Jentera tiba di tempat kejadian pada jam 12.55 pagi.

Operasi yang turut melibatkan tiga anggota PDRM dan dua anggota KKM berakhir pada jam 1:30 pagi setelah keadaan di lokasi dipastikan selamat.

RELATED ARTICLES
Utama

Alexander Nanta buat laporan polis, nafi terlibat skandal rasuah Pan Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular