HomeUtamaKoperasi disaran teroka ekonomi hijau, AI

Koperasi disaran teroka ekonomi hijau, AI

Read Time:1 Minute, 52 Second

Keningau : Gerakan koperasi di negeri ini disaran untuk meneroka peluang dalam ekonomi hijau yang kini menjadi keutamaan global bagi menangani cabaran perubahan iklim.

Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Onn Abu Bakar berkata, ia juga adalah bagi memastikan kelestarian sumber alam, dan mewujudkan ekonomi yang lebih inklusif serta berdaya tahan.

Beliau juga percaya, koperasi juga adalah sebagai model perniagaan yang berasaskan kepentingan bersama dan kebajikan anggota mempunyai keunikan tersendiri untuk menjadi peneraju dalam inisiatif ini.

“Selain itu, perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (A.I) yang sedang ‘trending’ ketika ini juga merupakan satu lagi potensi yang membolehkan koperasi memaksimumkan penggunaan teknologi dalam operasi dan perniagaan.

“Mengambil kira perkembangan ini, ia menuntut semua untuk terus mempelajari ilmu dan kemahiran baharu agar tidak ketinggalan atau tercicir daripada menggunakan teknologi terkini dan canggih yang dapat membantu mempercepatkan proses kerja dan meningkatkan produktiviti  koperasi.

“Dalam konteks IKMa, saya yakin taklimat yang disampaikan tadi telah menyentuh tentang peluang latihan dan kerjasama yang ditawarkan oleh IKMa agar koperasi tidak ketinggalan dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika berucap merasmikan Jom @ Coop 2025 Wilayah Keningau di sini semalam.

Onn berkata, terdapat banyak ruang dan potensi untuk dipertingkatkan prestasi dan perkembangannya dalam industri sedia ada seperti sektor pertanian, agro-tourism.

Katanya, koperasi yang terlibat dengan industri sawit misalnya, perlu mengambil serius mengenai tanaman sawit yang selaras dengan ketetapan MSPO 2.0 yang menekankan mengenai amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Ini penting dalam memastikan kelangsungan perniagaan adalah selaras dengan keperluan dan kehendak pasaran dalam negara dan luar negara.

“Dalam menambah baik operasi koperasi, usaha yang dilaksanakan tidak seharusnya terhad dalam lingkungan operasi semata-mata. Koperasi perlu berkolaborasi baik sesama koperasi, agensi kerajaan mahupun pihak swasta dan pemain industri yang lebih berpengalaman,” katanya.

Dalam pada itu, Onn berkata, berdasarkan statistik, koperasi di wilayah Keningau yang direkodkan sehingga 31 Disember lalu telah mencapai sebanyak 187 buah dengan kekuatan anggota seramai 34,082 orang.

“Manakala jumlah syer dan yuran terkumpul adalah sebanyak RM3.8 juta jumlah aset terkumpul bernilai RM18.1 juta dan perolehan (turnover) berjumlah RM41.2 juta.

“Jika semua sumber ini digembeling dengan baik dan efisien, pasti akan ada impak besar kepada sosio ekonomi anggota yang limpahannya secara terus kepada masyarakat, negeri dan juga negara,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Banjir Sabah : 19 kampung terjejas, mangsa cecah 1,600 Orang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular