HomeUtamaSMJ Energy catat keuntungan RM362 juta, lonjakan 40% berbanding tahun lalu

SMJ Energy catat keuntungan RM362 juta, lonjakan 40% berbanding tahun lalu

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : SMJ Energy Sdn Bhd (SMJ Energy) mencatatkan lonjakan keuntungan selepas cukai sebanyak 40 peratus kepada RM362 juta (sebelum audit) bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM259 juta pada tahun sebelumnya.

Peningkatan prestasi ini dipacu oleh pengurusan kos yang berdisiplin, pengoptimuman aset strategik serta pertumbuhan hasil yang kukuh.

Antara penyumbang utama kepada hasil syarikat termasuklah Samarang Production Sharing Contract (PSC), loji LNG Train 9, Petronas Chemical Fertilizer Sabah Sdn Bhd (PCFSSB), serta kemudahan FPSO dan FSO milik Sabah International Petroleum (SIP) yang kini bebas hutang.

Pengerusi SMJ Energy merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, menyifatkan pencapaian ini sebagai hasil usaha gigih pasukan profesional syarikat yang bekerjasama rapat dengan pemain utama industri termasuk Petronas.

“Walaupun berdepan ketidaktentuan pasaran tenaga global, SMJ Energy berjaya mengekalkan kestabilan melalui portfolio pelaburan seimbang merangkumi sektor huluan (upstream), LNG, petrokimia serta FPSO/FSO,” katanya.

Masidi turut mengingatkan agar syarikat kekal berwaspada terhadap faktor luaran seperti perang tarif dan turun naik harga minyak, yang boleh memberi kesan kepada prestasi masa depan.

Dalam pada itu, SMJ Energy turut memberi tumpuan kepada pembangunan sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) di Sabah, dengan komitmen meningkatkan kandungan tempatan.

Tahun lalu, syarikat telah menyalurkan kerja bernilai RM2 bilion kepada syarikat tempatan, berbanding hanya RM613 juta pada 2021.

RELATED ARTICLES
Utama

Suami didakwa bunuh isteri mengaku tidak bersalah, perbicaraan Julai ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular