HomeUtamaWarga emas melecur selamatkan keluarga dalam kebakaran di Beaufort

Warga emas melecur selamatkan keluarga dalam kebakaran di Beaufort

Read Time:57 Second

Oleh FLORIETA DIET

BEAUFORT: Seorang lelaki warga emas cedera melecur di badan selepas menyelamatkan keluarganya dalam kebakaran rumah kedai persendirian mereka di Kampung Suasa, petang Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas berkata, mangsa yang berusia 61 tahun melecur pada bahagian badan ketika cuba menyelamatkan isteri bersama seorang anaknya yang berada dalam rumah ketika kejadian.

“Mangsa telah dihantar ke klinik berhampiran oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dan ambulans dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Rumah kedai persendirian mereka separuh kekal musnah hampir 90 peratus. Kebakaran tersebut turut memusnahkan lima buah kenderaan, termasuk dua buah kereta, sebuah van, serta dua buah motosikal,” katanya.

Tambahnya lagi, Balai Bomba Beaufort menerima panggilan kecemasan pada jam 3:15 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 30 minit kemudian yang terletak kira-kira 27 kilometer dari balai.

Operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4:06 petang dengan bantuan lapan anggota menggunakan dua jentera bomba serta sumber air dari parit berhampiran. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5:30 petang.

Jelas Ishak, punca kebakaran masih dalam siasatan. Turut membantu dalam operasi adalah anggota dari Sabah Electricity, KKM dan Polis Diraja Malaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

Suami didakwa bunuh isteri mengaku tidak bersalah, perbicaraan Julai ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular