HomeUtama34 peserta sertai 'KK Love Bike: Free Ride Tour and KK Harmony...

34 peserta sertai ‘KK Love Bike: Free Ride Tour and KK Harmony Ride’

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Seramai 34 peserta mewakili beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar bandaraya Kota Kinabalu menyertai Program ‘KK Love Bike: Free Ride Tour and KK Harmony Ride’ di sini baru-baru ini.

Antara IPT yang menyertai termasuklah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, SIDMA College dan Politeknik Kota Kinabalu. 

Program sempena KK Komuniti Sejahtera: 𝘓𝘦𝘢𝘷𝘦 𝘕𝘰 𝘖𝘯𝘦 𝘉𝘦𝘩𝘪𝘯𝘥 : 𝘛𝘰𝘸𝘢𝘳𝘥𝘴 𝘚𝘶𝘴𝘵𝘢𝘪𝘯𝘢𝘣𝘭𝘦 𝘔𝘢𝘳𝘬𝘦𝘵 anjuran Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu diadakan seawal jam 8 pagi bermula di KK Sentral.

Kayuhan yang melibatkan laluan berbasikal sejauh tujuh kilometer itu menyaksikan peserta bertolak menuju ke tiga ‘pitstop’ iaitu Gurdwara Sahib Sikh Temple, Masjid Negeri Sabah dan Sacred Heart Cathedral. 

Di setiap ‘pitstop’ itu, para peserta turut berpeluang untuk melawat ke sekitar pusat ibadah sambil diberi taklimat ringkas.

Selain berbasikal, program yang turut dihadiri lebih 300 pengunjung itu merupakan inisiatif yang mendapat perhatian daripada para pelancong bagi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk bandar menerusi penganjuran pelbagai program pelancongan dan aktiviti komuniti. 

DBKK dalam kenyataan memaklumkan, objektif penganjuran program itu ialah untuk mempromosikan Pusat Kraftangan: KK Sentral Market; meningkatkan keterlibatan dan kerjasama komuniti; pembangunan komuniti yang lebih inklusif dan harmoni; mempromosikan perkhidmatan pengangkutan mampan; dan mempelbagaikan aktiviti pelancongan bandar raya.

Turut diadakan pada program itu antaranya ialah Upcycling Craft (Citra Kasih), Demo Anyaman Ketupat, Demo Masakan Kuih Pinjaram, aktiviti memanah, Batik Painting, Handicraft Making, Busking serta Persembahan Tradisional Betitik yang dibawakan khas oleh Komuniti Darau.

Selain daripada itu, pengunjung yang hadir turut berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang dikendalikan oleh Balai Seni Lukis Sabah. 

Antaranya ialah Mewarna Cengkerang Lokan, Membuat Paperseed Sampul Raya, Melipat Sigar dan TikTok Challenge. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

JPPKK, KPT anjur Anugerah Gemilang Pelajar martabatkan institusi pendidikan TVET negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular