HomeUtamaKanak-kanak autisme hilang lima hari ditemui meninggal dunia di tepi sungai

Kanak-kanak autisme hilang lima hari ditemui meninggal dunia di tepi sungai

Read Time:58 Second

Oleh FLORIETA DIET

TAMPARULI: Harapan selama lima hari berakhir dengan duka apabila jasad Muhammad Aniq Faiz Muhammad Ashraf, 5 tahun, ditemui tidak bernyawa di tepi sungai Kampung Bahagia II tengah hari tadi.

Mangsa tersebut seorang kanak-kanak autisme, dilaporkan hilang sejak 20 April lalu berhampiran kawasan belakang Pejabat Daerah Tamparuli.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Timbalan Penguasa Bomba II Mohamad Nor Amit berkata, mayat mangsa ditemui pada jam 12.20 tengah hari, kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang melakukan pencarian secara water rafting di sungai berkenaan. Mayat dibawa naik dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.15 petang.

Menurut beliau, operasi pencarian hari kelima dimulakan seawal jam 8.35 pagi, melibatkan kawasan darat dan sungai dengan radius pencarian yang diperluaskan. Teknik “standard line double layer” digunakan di sepanjang laluan yang dikenal pasti berisiko.

Operasi ini membabitkan seramai 22 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (17 anggota), Angkatan Pertahanan Awam (9), Jabatan Kebajikan Masyarakat (3) serta seramai 41 orang awam.

RELATED ARTICLES
Utama

643 peniaga kecil tepi jalan di Sabah terima bantuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular