HomeUtamaKerja berpasukan beri manfaat berganda 

Kerja berpasukan beri manfaat berganda 

Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu :  Nilai kerja berpasukan oleh seluruh warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) secara keseluruhan memberi manfaat berganda dan seharusnya dikekalkan.

Naib Canselor UMS Profesor  Datuk Dr. Kasim Mansur berkata, demi menghasilkan kejayaan memartabatkan reputasi universiti, kerja berpasukan amat diperlukan dan mempunyai banyak kelebihan.

“Kerja berpasukan mempunyai banyak kelebihan kerana ia berkait dengan kepelbagaian keupayaan, kepakaran, kemahiran, pengetahuan, komitmen serta peningkatan prestasi demi menghasilkan kejayaan memartabatkan reputasi universiti.

“Secara tidak langsung, saya percaya menguruskan acara sebegini berupaya memekar dan memugar semangat kerja berpasukan dan meningkatkan darjah kegembiraan dalam kalangan warga universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Sambutan Pesona Raya Mutiara UMS, di sini hari ini.

Kasim berkata, perancangan sambutan Pesona Raya Mutiara yang berlangsung seawal puasa itu, turut dimeriahkan dengan penglibatan semua pusat tanggungjawab di UMS dalam menyediakan aneka menu dan juadah raya yang akan dinikmati warga universiti dan tetamu yang diundang.

Majlis yang dihadiri kira-kira 5, 000 warga UMS itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor serta isteri, Datin Seri Juliah Salag yang mengiringi Tun Musa dan Toh Puan Faridah.

Sebanyak 29 gerai menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi, lauk-pauk, kuih raya termasuk kuih tradisional, ketupat, kelupis, sate dan kambing panggang, buah-buahan serta manisan sebagai pencuci mulut serta aneka pilihan minuman.

Turut diadakan, pertandingan nyanyian lagu raya, pertandingan gerai terbaik dan paling ditunggu acara cabutan bertuah dan semua yang hadir berpeluang membawa pulang hadiah yang menarik.

RELATED ARTICLES
Utama

Banjir Sabah : 19 kampung terjejas, mangsa cecah 1,600 Orang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular