HomeUtamaKes Lombong Emas: Pendakwaan akan diteruskan jika perkembangan tidak seperti dijangka

Kes Lombong Emas: Pendakwaan akan diteruskan jika perkembangan tidak seperti dijangka

Read Time:51 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Tiga beranak yang berdepan 24 pertuduhan berkaitan aktiviti perlombongan emas hari ini dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Khas Rasuah, namun pihak pendakwaan memberi amaran bahawa prosiding jenayah akan diteruskan sekiranya perkembangan kes tidak seperti dijangka.

Datuk Lo Fui Ming (kiri) ketika keluar dari bilik mahkamah selepas prosiding.

Keputusan terhadap Datuk Lo Fui Ming, anak lelakinya Lo Teck Yong, dan anak perempuannya Lo Choon Fung dibuat Hakim Jason Juga selepas permohonan DNAA dikemukakan oleh pendakwa raya.

“Permohonan ini tertakluk kepada keadaan yang akan berlaku selepas ini. Sekiranya perkembangan kes tidak berlaku seperti yang dijangka, maka pihak pendakwaan akan meneruskan dengan pertuduhan,” kata pihak pendakwaan semasa prosiding status representasi hari ini.

Mahkamah turut membenarkan permohonan supaya pasport antarabangsa dan wang jaminan kesemua tertuduh dikembalikan.

Peguam Zahir Shah yang mewakili tertuduh menyatakan pihaknya tidak membantah permohonan DNAA dan turut memohon pengembalian dokumen perjalanan dan wang jaminan.

Turut hadir dalam prosiding ialah Peguam Norbert Yapp yang bertindak sebagai pemerhati bagi pihak Syarikat Wullersdorf Resources Sdn Bhd.

RELATED ARTICLES
Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca
Utama

MetMalaysia beri amaran risiko garis badai Monsun Barat Daya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular